Thursday, October 29, 2009

Krisis PAS: Satu Rahmat Disebalik Ujian- PAKSU JOE

Assalamualaikum w.b.t Maaf coz tak dapat not really active in updating my blog lately.. too busy wif my work n my research assignment.. but melihat beberapa isu yg berbangkit sejak akhir2 ini membuatkan Paksu Joe bersemangat meninggalkan sekejap keja2 Paksu yg tak penah abis tuh..untuk memberi sepatah dua komen n pandangan sisi terhadap isu tersebut.. tinggalkan isu Bagan Pinang.. tinggalkan isu Teoh (terbaru).. tinggalkan isu ADUN mental kuar PKR.. tinggalkan isu Sidang Budget Malaysia n Perak.. Paksu Joe just want to focus to only one isu.. Krisis PAS... In my very personal opinion.. Paksu melihat isu yang terjadi adalah satu ujian n disebaliknya tersirat rahmat yang sangat besar.. Kita selaku ummat islam yang bertunjangkan sumber Al-Quran dan Al-Hadith dan juga menjadikan Sirah perjuangan Rasulullah sebagai rujukan utama sepatutnya terlebih dahulu perlu membuka n menghayati sumber rujukan ini sebelum membuat sebarang apa penilaian terhadap pejuangan Islam.. Perlu untuk semua kita akui realiti perpecahan umat Islam adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah.. perpecahan adalah satu ujian.. hatta ketika mana Rasulullah memimpin ummat pon.. ujian perpecahan ini berlaku.. kerana apa? kerana Allah sendiri telah berfirman dalam Al-Quran: Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud “Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”. Berdasarkan mafhum ayat di atas, jelaslah bahawa Allah telah menyediakan kepada manusia pelbagai ujian untuk menyaring manakah di antara mereka itu benar-benar beriman ataupun pendusta, iaitu secara zahirnya nampak macam orang-orang beriman tetapi pada hakikatnya mereka itu langsung tidak mengenal erti keimanan kepada Allah. Ataupun dalam perkataan lain mereka yang berpaling tadah. Imam al-Qurtubi juga menegaskan lagi, “walaupun ayat ini turun khusus kepada umat di zaman Nabi, tetapi pengajaran dan aplikasinya berkekalan sehingga ke hari kiamat” iaitu Allah akan tetap menguji keimanan hamba-hambaNya. (Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran 7/29. Kita singkap kembali sejarah pepecahan ummat Islam even Rasulullah disisi meraka. Pada tahun pertama hijrah Rasulullah.. setelah tertubuhnya Kerajaan Islam pertama dibumi Madinah Al-Munawwarah.. telah berlaku satu krisis umat Islam Ansar pada pada ketika itu dimana telah tersebarnya isu2 lama (permusuhan Bani Aus dan Khazraj sebelum mereka disatukan dengan aqidah Islam melalui Rasulullah). Melalui sumber2 fitnah (walaupon dat time takde Utusan Meloya, TV3suku, blogs) daripada isu permusuhan lama dibakar kembali.. Pada masa Jahiliyah kedua suku tersebut saling bermusuhan dan berperang selama 120 tahun. Setelah mereka memeluk Islam Allah menyatukan hati mereka sehingga mereka menjadi bersaudara dan saling menyayangi. Ketika orang-orang Aus dan Khajraj sedang berkumpul dalam satu majlis, kemudian ada seorang Yahudi yang melalui mereka, lalu ia mengungkit-ungkit permusuhan dan peperangan mereka pada bani BU’ATS. Maka permusuhan diantara kedua suku tersebut mulai memanas kembali, kemarahan mulai timbul, sebagian mencerca sebagian lain dan keduanya saling mengangkat senjata, lalu ketegangan tersebut disampaikan kepada nabi shallallahu alaihi wa salam. Kemudian baginda mendatangi mereka untuk menenangkan dan melunakkan hati mereka, seraya bersabda: “Apakah dengan panggilan-panggilan jahiliyah, sedang aku masih berada di tengah-tengah kalian?.” Lalu beliau membacakan ayat ini. Ayat yang paling femus n paling kerap dibaca oleh pemimpin2:
واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (Ali Imran ayat 103) Setelah itu mereka menyesal atas apa yang telah terjadi dan berdamai kembali seraya berpeluk-pelukan dan meletakan senjata masing-masing Maka jelas disini.. apa yang berlaku adalah sebahagian daripada untuk menguji sejauh mana kuatnya utk kita berpegang pada perjuangan Islam.. Malangnya.. kita melihat ramai yg gagal.. majoritinya tidak pon membuka AlQuran, AlHadith n Sirah Rasulullah dan menghayati ayat sumber rujukan Agung ini.. setakat pembacaan Paksu.. tiada lagi mana2 Bloggers yg menganalisa krisis ini memberi pendapat berdasarkan hujjah ayat ini.. (maaf jika ada,tp Paksu terlepas pandang) tetapi semua mengaku nk mempertahankan islam.. juga menuduh org lain nk menghancurkan islam.. akhirnya.. jadilah kita sekadar pejuang parti.. bukan pejuang islam..sangatlah menyedihkan bilamana dengan sedikit ujian ini kedengaran suara2 sumbang untuk quit daripada perjuangan Islam n memasuki nk join puak2 munafik.. Ramai yg membuat tuduhan tuduhan liar menggunakan idea n persepsi masing2.. bersandarkan kepada secebis bukti.. akhirnya lontaran2 idea meraka ini membuatkan keadaan menjadi bertambah buruk.. menyedihkan bile ada idea2 sumbang yang membuat andaian berdasarkan persepsi, padahal mereka sendiri tak tahu menahu perkara tersebut..Contohnya.. memberi komentar keputusan Menyuarat Khas semalam tak mewakili majoriti AJK Pusat, keputusan di dominasi dari puak Terengganu, Tok Guru keluar awal kerana tak puas hati, AJK tak mahu mengulas keputusan menyusarat kerana mereka tak puas hati..etc2.. adakah mereka berada dlam meeting tersebut?? Adakah mereka ini (yg kononnya syangkan parti) dengan membuat andian n kenyataan seperti ini merasakan ia akan menyatu padukan Parti Islam???adakah hnya berdasarkan agakan, andaian n persepsi negatif ini kepimpinan Parti Islam akan bertambah kukuh??? Paksu rasa semua orang pon bersetuju bahawa jawapannya TIDAK... dan adakah dengan menyingkirkan seseorg itu maka isu ini akan selesai??(walaupun Paksu Joe sendiri cenderung kepada cadangan ini)..

Mereka yg berijtihad menggunakan Al-Quran & Al-Hadith
2 Tok Guru

Ayat-ayat Quran diatas telah sedia memberi tunjuk ajar kepada kita.. bahawa jika berlaku sebrang krisis perpecahan.. yang paling penting adalah kembali kepada sumber rujukan utama iaitu Al-Quran n Hadith.. pada pandangan daif Paksu.. ujian yg berlaku ini dapat diselesaikan hanya pada mereka yg bersedia ingn merujuk kepada Al-Quran dan al-Hadith.. mereka itulah yg beriman.. kerana meletakkan Islam lebih superior dripada parti...bukan mengikut emosi n amarah semata2.. Tentu sekali ada penelitian n istikharah yg munasabah bilamana Tok Guru Nik Aziz bersetuju untuk diadakan Mesyuarat Khas mengantikan EGM... jika benar EGM lebih baik..adakah ijtihad Tok Guru salah???pada pandangan Paksu, keputusan mesyuarat khas pada malam smalam juga adalah satu ijtihad yang betul.. kerana apa??? kerana ia merujuk kembali kepada Al-Quran dan Al Hadith.. jika benar EGM lebih baik..mengapa Tok Guru tak berpatah aral menegakkan cadangannya utuk ttp mengadakan EGM??Takkan kita nk bersetuju pula nyatakan bahawa Tok Guru Ayah Chik (Hj Hadi) mudah dipengaruhi setelah kita semua bersetuju bahawa Tok Guru Nik Aziz tak dipengaruhi oleh sesiapa pon dlam memberi pandangan n keputusan.. takkan pula kita nk menyatakan bahawa AJK2 lain adalah badut bisu bila tak puas hati pada keputusan..takkanlah mereka yang selantang Dato' Husam Musa, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Seri MB Nizar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ustaz Nasaruddin Md Isa, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Dr. Dzulkifli Ahmad, YB Salahuddin Ayub hanya dok tercoghok tanpa berkata apa bilamana ada agenda mnusnahkan parti dirancangkan...?? jawapannya tentulah tidak.. jawapannya..tiada agenda peribadi atau pemusnahan parti yang dirancangkan.. agendanya adalah bagaimana nk selesiakn isu mengikut kaedah AlQuran.. atas sebab itulah keputusan meetting itu diambil..


AJK Pas Pusat hebat2 blaka.. mereka bukan bacul

Tok Guru Nik Aziz keluar awal kerana tak syangkan parti??

Bilamana Tok Guru keluar awal, mungkin Tok Guru telah berpuas hati dengan keputusan meeting..maka diminta org lain meneruskan discussion membincangkan kaedah perlaksanaan.. Mana mungkin Tok Guru Nik Aziz seorang yang sangat syangkan parti sanggup tinggalkan meeting lebih awal membiarkan parti yang disayanginya hancur hanya kerana didorong rasa tidak puas hati.. padahal jika benar Tok Guru tak puas hati, pasti dia akan tunggu sampai selesai kerana dia sayangkan parti... bila juga para AJK tidak berminat memberi komen kepada wartawan.. pada pandangan Paksu.. ini adalah sangat wajar.. biar hanya satu kenyataan media.. barulah org lain tak leh nak putar belit.. kerana tabiat mencari publisiti melalui media ini adalh salah satu punca krisis ini berlaku.. bilamana sesuatu isu timbul..masing2 ingan mengeluarkan pandangan tru media.. akhirnya media memanipulasikan kenyataan.. timbul pulak isu perbezaan pandapat n perpecahan dikalangan parti.. kesemua pimpinan PR pertu belajar berkata 'No Comment' kepada pemberita (ttp bukanlah kepada semua isu cakap 'No Comment').. dlam isu siasatan PAS Selangor.. Paksu juga bersetuju agar ia disiasat (walaupon mungkin dh disiasat selama ini) kerana inilah kaedah Islam.. tak leh nk hukum je.. hukum hanya pada yang bersalah.. yng yang boleh kita sumbangkan adalah mendoakan agar siasatan yang diketuai oleh Sdr. Hanipa Maidin dibawah naungan Dato' Tn. Ibrahim Tn Man akan memberi konkolusi yang positif untuk Islam khasnya PAS ammya..
Hanya satu Sidang Media.. langkah bijak..

Rasanya jika majoriti daripada kita berpersepsi seperti komentar diatas.. bukankah ia lebih memberi input penyatuan pada Parti Islam daripada kenyataan yg berbaur negatif dan hanya mencari salah orang.. Inilah antara hikmahnya ujian yang melanda Parti Islam kini.. dengan wujudnya ujian ini, maka ianya dengan sendiri akan menjadi penyaring untuk manapis siapa yang benar2 ikhlas dalam perjuangan agama Allah.. apa sahaja keputusan yang merujuk kepada Al-Quran n Hadith.. ia adalah betul n benar (walaupon org2 kafir n munafik mengata)... yakinlah pada firman ALLAH..
“…Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah: 216).
Wslam..


-PakSu Joe-

Saturday, October 3, 2009

Influenza JCI in SDMC



The World Health Organization recently redesignated the Joint Commission and Joint Commission International as the world's first WHO Collaborating Centre for Patient Safety Solutions, dedicated solely to patient safety. The Collaborating Centre focuses worldwide attention on patient safety and best practices that can reduce safety risks to patients. The Collaborating Centre coordinates efforts to spread these solutions as broadly as possible internationally through its work with ministries of health, patient safety experts, national agencies on patient safety, health care professional associations, and consumer organizations.

Since its launch in August 2005, the Collaborating Centre has established a growing international network of experts and key stakeholders to identify, evaluate, adapt, and disseminate patient safety solutions worldwide.

In 2007 the Collaborating Centre launched nine solutions that are applicable to a wide variety of countries and healthcare settings. These nine solutions have been incorporated into national goals for patient safety and into health care organizations’ goals and priorities. They have been used as tools for in-service training and have been incorporated into the curriculum for education programs for health care professionals.




Paksu Joe:
Rite after raya.. everybody busy preparing for the big coming week.. which is the next two week.. 12-16 Oct.. JCI auditor will come to our hospital to audits every single thing before grant Sime Darby Medical Centre the 3rd hospital to gain JCI recognition and accreditation..
So now..almost every day 'balik lewat'.. letih2...
Pray hard hope that on the end of JCI week we can hear a good result from the auditors so that our tiredness really berbaloi...

Eid Mubarak 1430H Pics..



Nabil Preparing to masak ketupat..


Abd Mid's Semi Open House


NGO's Meeting during raya time


Nenek Seri and Acheri


Emil sharing 'chu-chu' with his mummy


Pakcik Ramli's Famiglia in Green

Bro Shaman's Famiglia in Light Blue

Shafie's Famiglia with full of colour

Tok Piah Offspring.. in more full of colour

Posing with death


Pakcik In n Paksu Joe



PakSu Kayo..Paksu Kayo

Salam Eid Mubarak 1430 Hijri


Salam 'alaik all my beloved viewers.. sory coz didn't post any new thread/articles due to Ramadhan Kareem month and Aidilfitri celebration.. to busy wif too many events n agendas.. i think, it's not late for me to wish u all Salam Eid Mubarak.. Minal 'Aaidi wal Faaizina wal maqbulina wa antum bikhair..Maaf zahir and batin...