Saturday, December 26, 2009

Syeikh Dr. Wahbah as- Zuhaily Tokoh Maal Hijrah 2008

Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah, Dr. Wahbah as- Zuhaily, Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Universiti Damsyik, Syria!….beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dunia, pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami) serta antara ulamak muktabar dunia dalam bidang pengkhususan fiqah..

Malah lebih dari itu, beliau juga adalah seorang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkt Kebangsaan pada tahun 2008!! (boleh baca di sini)…Ini bermakna, dua orang Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dari luar negara iaitu Dr Wahbah (2008), dan Syiekh AL-Qaradawi (2009) telah mempertahankan Anwar Ibrahim!…

Anwar dinasihat ambil iktibar dari kisah Nabi Yusof a.s!

CENDEKIAWAN Islam Dr. Wahbah az-Zuhaily malam tadi menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa.

Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di Bukit Segambut, di sini.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.

“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”

Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.

“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.

“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”

Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.

Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.

Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.

Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.

Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. -END


PENJELASAN Dr. Wahbah az-Zuhaily tentang kisah Nabi Yusof di penjara menggamit perhatian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim | 23 Dis.’09


Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad sedang menjelaskan sesuatu kepada Anwar, sambil diamati oleh Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar

Dr. Wahbah az-Zuhaily menyampaikan firasat penting kepada Anwar sambil dibantu oleh Ajk PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin selaku penterjemah

KELIHATAN beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tidak turut menyertai majlis bermakna tersebut.

TIDAK kurang 50 sahabat-handai Anwar tidak melepaskan kesempatan bersolat hajat bersama Dr. Wahbah az-Zuhaily supaya mendoakan Gerakan Reformasi Rakyat di Malaysia dipelihara Allah s.w.t.

Kenyataan Artis Yang Menggerunkan

Anne Ngasri Buka Tudung Kerana Niat Cari Rezeki

AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.

Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.

“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.

“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.

“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.

Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Bercerita tentang lakonannya dalam drama Mayang Mengurai, Anne memegang watak sebagai Mayang Indra, adik kepada Mayang Mengurai yang mempunyai kuasa untuk memukau orang.

“Saya terpaksa mengunakan bulu mata palsu yang tebal di bahagian atas dan bawah. Sebelum ini saya jarang mengunakan bulu mata palsu ketika berlakon.

“Untuk bawa watak Mayang Indra, saya perlu membaca buku-buku dongeng puteri seperti Cinderella dan Rapunzel,” kata Anne.

Mayang Mengurai merupakan adaptasi cerita dongeng Rapunzel yang akan ke udara pada jam 4.30 petang mulai Isnin (12 Januari) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3.

Antara barisan pelakon drama bersiri itu adalah Tania Hudson (Mayang Mengurai), Zarina AF (Mayang Merdu), Ammar (Khalif), Kamal Adli (Shahrul), Sabrina Ali (Kornilam) dan ramai lagi.

Anne mengakui dia tidak mahu pengambaran yang dilakukan di luar Kuala Lumpur kerana enggan berjauhan dengan anak-anaknya.

“Setiap tawaran saya akan pastikan tidak ada pengambaran yang jauh-jauh dari Kuala Lumpur, untuk cerita ini ada babak yang dibuat di Perak, jadi saya terpaksa ulang alik setiap hari dari rumah ke sana,” kata Anne yang juga tidak mahu memegang watak utama kerana komitmen yang tinggi.

“Saya lebih gemar membawa watak pembantu berbanding watak utama, ini kerana saya tidak mahu komitmen, saya lebih senang dengan watak pembantu,” kata Anne mengakhiri perbualan.



Paksu Joe: Sokong perubahan Anne utk pakai tudung tp tak sokong langsung kenyataan 'saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki' 'biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.' Lebih elok dia juz say no comment dripada dia wat kenyataan cmni.. apakata if ada pelacur wat kenyataan yang sama nadanya...saya terpaksa melacur kerana niat untuk mencari rezeki' 'biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.' Bukan ke pening... Nilai2kan

Wednesday, December 9, 2009

DEWA 19- Ejen Freemason Dajjal

Konspirasi Dunia- Dewa 19



Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.



Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!




Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.



All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us

'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.

Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me

Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka

Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free

Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari


Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.



Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.



Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992


All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)


Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)


Bintang Lima (2000)


Emblem Theosophy




Berikut saya sertakan video klip Satu dari Dewa 19. Banyak 'subliminal message' di dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.


*Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk memperbesarkannya.


Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.



Perhatikan 'One Eye' di atas manusia.Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam dunia Dajal. (NWO)


'Unfinished' Piramid


Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.


One Eye










One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion


Pillar Of Freemason


Formation tangan yang sama dengan Baptomet


Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.


Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)




Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka minda anda, jawapannya ada di situ.

Bila Artis Berbicara Tentang Agama..





Paksu Joe: No comment, baca and wat penilaian sendiri...

Monday, December 7, 2009

Doa Musibah- Himpunan Hadith

Hadith 1
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadith 2
Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Hadith 3
Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Hadith 4
Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Friday, December 4, 2009

PakSu Joe Ameenkan Doa Tok Guru..

Orang Ramai Mendengar Kuliah Tok Guru
Nak bandingkan dgn jumlah UMNO berdemo depan Kota Darulnaim 3 hari lepas..??
Terkuburlah UMNO
Orang India menyokong kepimpinan Ulama'

Orang Cina juga penyokong setia Tok Guru

Laungan sokongan.. Ikhlas nih.. tak dapat bayaran or air kotak pon..

Muslimat tiang negara... sokongan tak berbelah bahagi

Ini insan yang dikontroversikan oleh juak2 UMNO tuh


Doa Tok Guru.. Binasalah mereka yang zalim.. biar pecah perut..
Ameen..Paksu Joe turut ameenkan doa..

Doa Musibah- Pelembut Hati Yang Keras..(Teknik Reverse Psychology)



Assalamualaikum...

Dua tiga hari ini, gegar gempita seluruh media pengampu membicarakan isu Doa Musibah Tok Guru Nik Aziz.. Maka berhamburanlah kata2 kecaman juak2 UMNO mengutuk tindakan Nik Aziz.. Tak ikut sunnah.. tak bercirikan Islam..Kununnya lah.. Inilah silapnya bila Fiqh Sirah tak penah difahami n diajar didlam setiap 'Usrah' UMNO.. Menghentam sembrono.. akhirnya terserlah ketololan sendiri.. Sape kate tak Islamik Doa Musibah kepada org zalim???

Rujuk:

1) Doa Rasulullah yg momohon Allah binasakan mereka yg menzalimi baginda dalam kisah perut unta yang diletakkan diatas badan Rasulullah takkala Rasulullah bersolat di Kaabah.Nabi s.a.w. berdoa, “Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abi Mu’ith.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

2) Doa Rasulullah yang mendoakn agar matinya Uthaibah (anak Abu Lahab).Utaibah mendatangi Nabi SAW. dan mengatakan kata-kata yang menyakitkan hati Rasulullah SAW. Atas periakuan itu, maka Rasulullah SAW. telah berdoa kepada Allah, agar mengirimkan anjing-anjing-Allah untuk membinasakan Utaibah. Dan apa yang telah didoakan oleh Nabi SAW. terhadap Utaibah itu benar-benar teriadi.

3) Doa Saidina Sa'id bin Zaid yang mendoakan seorg wanita tua, Arwa Bin Aus yang mendakwa tanah milik Saad adalah milik beliau.. Saidina Saad mendoakn agar wanita tua itu dibutakan matanya dan dimatikan dia di tanah yg dia claimed miliknya itu..(hadith Sahih Riwayat Muslim)

4) Doa Ummu Habibah (Ummul Mukminin) dlam kisah kelakuan biadap seorang lelaki yang menyelak tabir semasa Ummul Mukminin itu berbicara dgn Saidina Uthman Affan.. Ummu Habibah memdoakan agar lelaki itu terpotong tangannya..

5) Doa Saidina Hussain sebelum wafat dibunuh di Karbala, mendoakan sipemanah yang memanahnya dibutakan mata n terpotong tangannya..

6) Doa yang diajar oleh Rasulullah kepada seluruh ummat Islam yang dizalimi..Qunut Nazilah yang membawa maksud:
"“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka."

7) Dan macam2 lagi doa musibah yg terselit kemas dlm sirah..

Adakah doa Rasulullah n para sabahat ini tidak Islamik??? Mengapa Rasulullah dan para sahabat tak saja mendoakan agar dibuka hati mereka sperti juak2 UMNO cadangkan?? Bukankah itu lebih mulia???Lebih Islamik??

Inilah hebatnya mereka yg mempelajari Fiqh Sirah.. tahu situasi mana doa nak dibacakan.. berlembut dgn mereka yg lembut.. tp kena ganaz sket untuk membuka hati mereka yang degil/keras... inilah yang diajar oleh Rasulullah.. tambahan pulak.. dah bnyak cara lembut lain yang diusahakan oleh Tok Guru dalam memujuk hati Najib.. tulis surat.. jumpa face2face.. caucus parlimen etc.. tp Najib n juak UMNO berdegil.. nk gak teruskan kezaliman...Tok Guru Nik Aziz adalah orang yang terkenal dgn kepakarannya dalam Ilmu Mantiq.. Mari kita perhatikan betul2 kenyataan Tok Guru..

“Saya hanya doa kepada Allah minta Allah perbetulkan fikiran Perdana Menteri Malaysia iaitu beri (royalti) gas petrol kepada Kelantan... KALAU TIDAK BERI sah ada mala fide.. niat yang tak baik, itu saya minta musnahkan. Sebab jahat... salah apa saya,” (Sinar Harian)

Adakah salah jika mendoakan musibah kepada org jahat??? Rasulullah dh lama mendoakan bala kepada org yang zalim n jahat..lagipun.. jika diamati dgn teliti..Doa ini tidak effective slagi mana Najib n UMNO tidak berlaku zalim.. hanya effective jika mereka meneruskn niat utk berbuat zalim kepada rakyat Kelantan..Ini adalah teknik reverse psychology yg digunakan Tok Guru dalam menasihati Najib utk tidak berlaku zalim..Kalu UMNO takut/marah dgan doa ini, maknanya..mereka telah berniat utk berlaku zalim kepada rakyat Kelantan.. Wallahu'lam..

PakSu Joe: Mendoakn bala kepada pelaku Zalim... Ameen