Monday, June 22, 2009

Ukhuwah Meeting: Tok Guru Tarik Balik.. PAS Terus Berpadu Jemaah







Mursyidul Am PAS, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

TG Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh TG Nik Aziz:


"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."


Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Ustz Nasharuddin, Datuk Seri TG Hj Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk TG Dr Haron Din; Naib-Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; bekas Naib Presiden, Ustz Ahmad Awang; Ketua Dewan Ulama', Ustaz Harun Taib; Ketua Dewan Pemuda, Ustz Nasruddin Hassan Tantawi; Wakil Belia PAS, Muhammad HeDayat Al-Karkun danKetua Muslimat Ustzh Nurida Salleh.
-Malaysiakini 

PakSuJoe: Sape yg tak nampak Wakil Belia PAS tuh..Pendek Ummuuurr..Huhu

1 comment:

p e l u r u s e s a t said...

definitely TGHH is not the PM type material..suitable candidate for PM and DPM if the federal gov fall to Pakatan, definitely will be PM - DSAI, DPM - Datuk Husam Musa..

sorila Nasharudin, pi main2 jauh..kalo nak sangat jwtn, pi join UMNO kot2 dapat jadi Menteri JPM (Hal Ehwal Agama)