Saturday, December 26, 2009

As-Syeikh Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardhawi: Tokoh Maal Hijrah 2009




Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

Dari The Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.

“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.

“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?

“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.

Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.


Alhamdulillah...malam haritu dapat laksanakan satu lagi misi mengambil gambar untuk disimpan bukan sahaja sebagai kenangan tetapi juga untuk berkongsi kepada semua yang datang singgah dan mencari foto berkenaan peristiwa bersejarah, hadirnya tetamu kehormat, seorang ulama' tersohor di dunia, As-Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.



Ya...Syeikh Yusuf Al-Qaradawi juga menyatakan demikian kali terakhir beliau datang adalah 15 tahun yang lalu.

Sebelum itu katanya dia sudahpun melawat Malaysia sebanyak 7-8 kali..dan katanya mungkin ini adalah kali ke 8 beliau melawat Malaysia...saya ada dengar juga yang beliau pernah menyebut yang beliau tidak akan melawat Malaysia selagi Anwar tidak dibebaskan....

Banyak perkongsian yang sempat dicatit cuma masa tidak mengizinkan untuk saya menulis ketika ini..

Paling menarik beliau menyentuh tentang jemputan kepada beliau untuk datang ke Malaysia oleh Presiden UMNO ketika itu bagi membantu mebaiki krisis yang terjadi, krisis besar dalam UMNO di tahun 1978....saya masih perlu buat research tentang ini:)

ISA juga disebut oleh beliau...melalui apa yang diterjemahkan oleh Ustaz Ghani Shamsuddin...menarik sangat....As Syeikh menyebut kali pertama dia datang ialah atas jemputan Presiden ABIM dan ketika itu DS Anwar Ibrahim baru keluar dari ISA....

Menarik...memang menarik...sungguh menajam dan menyegarkan minda...tunggulah harus mencari masa untuk menulis....

Membaca do'a penutup dengan sepenuh hati....antara do'anya.." KALAHKAN MEREKA KALAHKAN MEREKA DAN MENANGKANLAH KAMI ATAS MEREKA"

Wajah-wajah As Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ketika memanjatkan do'a kepada Allah...moga Allah perkenankan....KALAHKAN MEREKA YA ALLAH, KALAHKAN MEREKA YA ALLAH

Menghayati setiap bait do'a dengan penuh perasaan moga Allah hancurkan mereka yang zalim yang ingin mengalahkan umat Islam yang ingin membebaskan Islam yang mahu membebaskan umat Islam dan seluruh umat manusia dari belenggu kezaliman.



Ye lah...sama-sama kita do'akan agar Allah hancurkan mereka-mereka yang zalim!!!

Hhmmmm....dua pemimpin....

No comments: